Kelas Basic ICT – Pengenalan kepada Internet

2 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Januari 2020, Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas telah mengadakan satu kelas basic ICT – Pengenalan kepada Internet. Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas telah mengadakan kelas yang telah menerangkan mengenai internet kepada murid yang mungkin tidak mengetahui fungsi sebenar internet yang banyak manfaatnya kepada kehidupan seharian.

Diterangkan lagi serba sedikit mengenai kelebihan akaun Google dalam kehidupan seharian yang boleh kita aplikasikan, sebagai contoh, pembuatan password yang kuat untuk privasi dan penjejak telefon bimbit sekiranya hilang, boleh menjejak telefon bimbit menggunakan akaun Google yang telah dicipta. Murid berasa teruja kerana kemudahan aplikasi pada zaman teknologi ini dan akan mempraktikkannya. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali