Hari Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah

5 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2020, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah, telah berlangsung Hari Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk bersenam dan bergiat aktif dalam aktiviti kokorikulum sekolah. Disamping itu juga, dengan adanya Hari Kejohanan Olahraga ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar kerana disinilah para pelajar dapat menunjukkan potensi diri mereka yang sebenar selain daripada aktiviti pembelajaran di kelas.

Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan penduduk si sekitar Jementah. Hari Kejohanan Olahraga ini berlangsung selama 6 jam bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali