Kelas Multimedia – Photo Editing

3 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober 2020, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah membantu beberapa orang pelajar sekolah setempat untuk menghasilkan sebuah penyuntingan gambar. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan sebuah gambar berkenaan sekolah yang dicintai. Justeru, beliau berminat dan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas untuk menggunakan kemudahan serta khidmat nasihat dalam menghasilkan penyuntingan gambar yang menarik serta kreatif dengan tunjuk ajar orang yang pakar dalam bidang penyuntingan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop yang telah disediakan di dalam komputer Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas. Beliau dapat mempraktikkan pengajaran tersebut lalu menghasilkan sebuah gambar yang kreatif dan menarik perhatian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang, dihadiri oleh 5 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali