eKelas Matematik UPSR

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas tambahan eKelas anjuran Maxis diteruskan setelah lama tidak bersua kerana PKP / Pandemik pada 7 Mac 2020. Kelas kali ini dijalankan secara bergilir untuk pelajar Darjah 6 dengan setiap sesi dijalankan selama 2 jam. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Subjek yang diajar ialah subjek matematik yang dikendalikan oleh guru online, menggunakan aplikasi zoom. Pelajar dapat belajar mengenai pecahan dengan lebih teliti dan senang untuk difahami oleh kerana tenaga pengajar yang bijak dalam menyampaikan ilmu.

EKelas ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pembelajaran kepada pelajar agar dapat memperbaiki kelemahan dalam subjek yang disediakan sekaligus dapat belajar dalam keadaan selesa dan kondusif di Pusat Internet Kg Paya Jakas.

Kelas ini dihadiri seramai 5 Orang pelajar darjah 6 dan berharap kelas seperti ini dapat diteruskan bagi memberi peluang kepada pelajar luar bandar mendapatkan kelas tambahan dlam talian (online) secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali