eKelas Bahasa Inggeris UPSR

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas tambahan eKelas anjuran Maxis diteruskan seperti biasa pada minggu ini. Kelas kali ini dijalankan untuk pelajar Darjah 6 dengan setiap sesi dijalankan selama 2 jam. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Subjek yang diajar ialah subjek Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh guru secara online, menggunakan aplikasi zoom. Pelajar dapat belajar mengenai topik penulisan bahasa inggeris dengan lebih teliti dan senang untuk difahami oleh kerana tenaga pengajar yang bijak dalam menyampaikan ilmu.

eKelas ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pembelajaran kepada pelajar agar dapat memperbaiki kelemahan dalam subjek yang disediakan sekaligus dapat belajar dalam keadaan selesa dan kondusif di Pusat Internet Kg Paya Jakas.

Kelas ini dihadiri seramai 4 Orang pelajar darjah 6 dan berharap kelas seperti ini dapat diteruskan bagi memberi peluang kepada pelajar luar bandar mendapatkan kelas tambahan dalam talian (online) secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali