Ujian Online Tingkatan 2 dan Tingkatan 3

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas tambahan eKelas anjuran Maxis diteruskan pada 3 Ogos 2019. Namun pada kali ini para pelajar diberikan ujian atas talian untuk subjek Sains dan Matematik. Ujian ini diadakan untuk menguji tahap pemahaman pelajar untuk dua subjek tersebut. Ujian ini dijalankan secara bergilir untuk pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 dengan setiap sesi dijalankan selama 1 jam 20 minit. Ujian ini berlangsung selama 2 jam 40 minit dari jam 2.00 petang hingga jam 4.40 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali