Kelas ICT – Microsoft Word

10 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2019, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT bertajuk Microsoft Office. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah mengulangkaji pelajaran ICT mereka sebelum ini. Sesi eKelas yang bercuti sempena cuti sekolah telah digunakan sebaiknya untuk melakukan ulang kaji ini. Pelajar diberikan satu set soalan dan mereka diminta untuk menyalin dan menjawab set soalan tersebut mengikut format yang ditetapkan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali