Kelas Multimedia – Microsoft Paint

11 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2019, bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, telah diadakan kelas Multimedia bertajuk Microsoft Paint. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerapkan kemahiran multimedia dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Pelajar telah diajar untuk melukis dan mewarna dengan menggunakan alat pensil, berus dan airbrush yang terdapat dalam perisian tersebut. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali