Taklimat eKelas Sesi 1 tahun 2019

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas tambahan eKelas anjuran Maxis kembali lagi untuk Sesi 1 tahun 2019. Para pelajar telah dipanggil untuk satu sesi taklimat ringkas berkenaan perjalanan eKelas sesi 2019 ini. Jadual baru dibentangkan yang merangkumi kelas tambahan daripada Darjah 6 hingga ke Tingkatan 5.

Para pelajar juga diingatkan kembali dengan penggunaan portal eKelas serta sedikit imbasan perjalanan eKelas 2018. Kelas diakhiri dengan taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali