Kelas ICT – Penghasilan Resume

5 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2019, pengurus Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah membantu seorang ahli Pusat Ekonomi Digital bernama Mohd Akhiruddin untuk menghasilkan resume beliau. Akhiruddin mempunyai kemahiran yang agak baik dalam menggunakan Microsoft Office, namun beliau kurang mahir tentang cara-cara menghasilkan resume. Justeru beliau meminta bantuan pengurus Pusat Ekonomi Digital untuk mengajar beliau menghasilkan resume yang diperlukan. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali