Pelancaran Kelas Mengaji anjuran KEMAS dan Taklimat KDB

6 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2019, telah berlangsung Majlis Pelancaran Kelas Mengaji di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas. Kelas mengaji ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan kerjasama MPKK Kg. Paya Jakas dan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas. Kelas ini menyasarkan penglibatan daripada komuniti dewasa dan warga emas dan dijalankan tanpa sebarang bayaran.

Pada majlis pelancaran ini, seramai 18 orang telah hadir dan mereka diberikan penerangan awal oleh tenaga pengajar daripada KEMAS Segamat. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Sedikit kandungan KDB bertajuk Mobile e-Waste turut disampaikan kepada mereka pada penghujung sesi pelancaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali