Kelas Multimedia – Poster

3 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Disember 2019, bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, telah diadakan kelas multimedia iaitu kelas menghasilkan poster. Pelajar-pelajar telah hadir ke kelas ini untuk mempelajari cara menghasilkan poster untuk persatuan mereka. Mereka telah diajar dengan menggunakan perisian Photoshop yang mempunyai pelbagai ciri penghasilan dan kesan efek video. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali