Kelas ICT – Microsoft Word

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019, bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT bertajuk Microsoft Word. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah mengulangkaji pelajaran ICT mereka sebelum ini. Pelajar diberikan satu set soalan dan mereka diminta untuk menyalin dan menjawab set soalan tersebut mengikut format yang ditetapkan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali