Kelas ICT – Microsoft Powerpoint

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2019, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Powerpoint. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang cara penggunaan Microsoft Powerpoint. Pelajar diminta untuk menyediakan satu slide berkenaan biodata diri sendiri dan mereka diajar cara untuk menjadikan slide itu cantik dan menarik. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali