Taklimat Klik Dengan Bijak – Teknologi dan Anda

18 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2019, pengurus Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk Teknologi dan Anda. Taklimat ini menyasarkan kepada pelajar-pelajar eKelas Kampung Paya Jakas. Para pelajar telah ditunjukkan satu video Klik Dengan Bijak dan diterangkan tentang perkembangan teknologi masa kini. Mereka kemudiannya diminta untuk mengisi boring maklum balas atas talian. Taklimat ini dihadiri seramai 27 orang pelajar dan berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali