Sukaneka dan Jamuan Akhir Tahun 2019 TAJ Paya Jakas

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2019, bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Paya Jakas, telah berlangsung majlis sukaneka dan jamuan akhir tahun bagi penduduk Kg Paya Jakas dan TAJ Paya Jakas. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran kanak-kanak sekolah TADIKA dan orang ramai untuk melakukan sukaneka dalam pelbagai acara.

Setelah itu, telah berlangsung sesi penyampaian hadiah bagi pemenang. Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital turut hadir dan membantu dalam pemprosesan majlis dan telah memberikan sedikit taklimat KDB mengenai eWaste. Majlis ini berlangsung selama 6 jam bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali