Pertandingan Dam Aji Tertutup Jementah dan Jemputan

17 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 September 2019, telah berlangsung Pertandingan Dam Aji Tertutup Jementah dan Jemputan. Pertandingan ini dijalankan di bawah anjuran MPKK Kg. Paya Jakas, dengan kerjasama beberapa pihak seperti Komuniti Harapan Negara, Pejabat Penerangan Segamat dan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas sendiri. Pertandingan ini dijalankan di Dewan Serbaguna Kg. Paya Jakas dan tertutup kepada warga Jementah di samping beberapa peserta jemputan sahaja.

Seramai 22 orang peserta mendaftar untuk pertandingan ini dan sejumlah wang tunai ditawarkan kepada 4 tempat utama. Beberapa acara lain turut dijalankan seperti Cabutan Bertuah dan Teka Gula-Gula dalam Balang. Hadiah acara Dam Aji telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Segamat, En. Nor Sofian bin Abdul Manan, manakala cabutan bertuah disampaikan oleh Setiausaha MPKK Kg. Paya Jakas, En. Mohd Rizal bin Mohd Sohot. Pertandingan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini tamat pada jam 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali