Program Agihan Bubur Lambuk Bersama MPKK Kampung Paya Jakas

25 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2019, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah mengadakan program agihan bubur lambuk dengan kerjasama MPKK Kampung Paya Jakas. Program ini dijalankan bersempena dengan bulan Ramadan 1440 Hijrah. Program ini mensasarkan penduduk Kampung Paya Jakas serta penduduk sekitar Jementah.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat. Bubur lambuk mula dimasak pada sebelah pagi, dibungkus selepas solat jumaat dan seterusnya diedarkan kepada penduduk sekitar. Dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas dengan MPKK Kampung Paya Jakas dan penduduk setempat, disamping mempromosikan lagi Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali