Kelas Keusahawanan – Poster Pengiklanan

22 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac 2019, pengurusan Pusat Internet Kampung Paya Jakas telah membantu seorang usahawan kecil tentang cara-cara menghasilkan poster pengiklanan. Muhammad Yushah, pengusaha servis pembersihan dan cucian BoyCuci ingin belajar cara-cara untuk menghasilkan poster pengiklanan yang lebih menarik. Beliau telah diajar tentang cara-cara menghasilkan poster dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali