Kelas Multimedia – Quiver

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2019, telah diadakan satu kelas Multimedia dengan menggunakan perisian Quiver. Perisian ini merupakan perisian interaktif di mana pengguna perlu mewarnakan gambar yang tertera dan mereka kemudiannya boleh mengimbas gambar tersebut dan akan tertera paparan 3D mengikut gambar yang diwarnakan tadi. Kelas ini mensasarkan kehadiran pelajar sekolah yang sering datang ke Pusat Internet Kg. Paya Jakas dan mereka ternyata seronok mempelajari perisian ini. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang dan dihadiri seramai 11 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali