Pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Kemas Kg Paya Jakas & Kerjasama Ibu Bapa

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2019, telah diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Kampung Paya Jakas dengan kerjasama ibu bapa dan Pusat Internet Kampung Paya Jakas. Pertandingan ini diadakan untuk mengasah bakat kanak-kanak dalam mewarna. Pusat Internet turut hadir untuk berkongsi kandungan advokasi disamping untuk mempromosikan Pusat Internet kepada ibu bapa yang terlibat. Program ini berjalan kira-kira 2 jam bermula dari jam 9 pagi hingga jam 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali