Kelas ICT – Microsoft PowerPoint

2 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Jun 2019, bertempat di Pusat Internet Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft PowerPoint. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Para pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Microsoft PowerPoint seperti cara memasukkan gambar, jadual, bentuk dan carta. Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Micorosoft PowerPoint dengan lebih mahir dan cekap. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali