Kelas Keusahawanan – Online Shop

07 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2018, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah mengadakan satu sesi kelas keusahawanan. Kelas kali ini memfokuskan kepada cara-cara untuk berniaga melalui Online Shop. Pada kali ini, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas membantu seorang usahawan bernama Mohammad bin Mohd Nor yang berniaga aiskrim goyang.

Beliau diajar untuk membuat akaun facebook khusus untuk perniagaannya. Melalui facebook itu, beliau boleh mengiklankan aiskrim goyang yang diniagakan dan juga meletakkan no telefon serta alamat untuk memudahkan pelanggan menghubungi beliau. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 11 pagi hingga jam 1 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali