Kelas Keusahawanan (Online Marketing)

26 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2018 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, pihak pengurusan telah mengadakan satu kelas keusahawanan bertajuk Online Marketing. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kecil tempatan menggunakan platform internet dalam mempromosikan perniagaan masing-masing.

Dalam kelas ini, seorang usahawan muda bernama Mohd Nazri bin Misri telah datang untuk mempelajari cara melakukan Online Marketing. Pemasaran atas talian merupakan satu cara yang mudah tetapi amat penting dalam mempromosikan perniagaan. Justeru saudara Nazri telah mengambil inisiatif yang sama dalam mempromosikan perniagaannya.

Saudara Nazri telah belajar cara-cara untuk mendaftar halaman perniagaan di dalam Facebook. Beliau juga belajar cara-cara untuk mengingklankan halaman tersebut serta cara untuk mendapat capaian iklan yang tinggi. Kelas berlangsung selama 3 jam bermula dari 2 petang hingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali