Perjumpaan Jawatankuasa Persatuan Siswa Anak Segamat dan Taklimat KDB

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2018, bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, Persatuan Siswa Anak Segamat telah mengadakan satu perjumpaan antara Jawatankuasa 2018/2020 dengan Mantan Jawatankuasa 2016/2018. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada mantan jawatankuasa yang lalu untuk bersemuka dengan barisan jawatankuasa yang baru.

Mereka telah berkongsi pengalaman yang lalu serta berbincang mengenai masa depan persatuan. Perjumpaan ini turut disertakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak serta tayangan video Online Grooming. Program ini telah berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari dan dihadiri seramai 13 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali