Taklimat Klik Dengan Bijak – SMK Jementah

21 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2018, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak di Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah. Pada kali ini, taklimat merangkumi keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam penggunaan internet, iaitu merangkumi hampir keseluruhan topik Klik Dengan Bijak.

Bagi mengimbangi masa yang diberikan, setiap topik seperti Online Grooming, Maklumat Palsu, Buli Siber dan Tanggungjawab Pengguna disampaikan dalam bentuk pengertian, kepentingan dan contoh kes yang telah berlaku. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan dihadiri seramai 500 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali