Tayangan English Video (E-Learning)

26 May 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 May 2018 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Kg. Paya Jakas telah diadakan aktiviti Tayangan English Video (E-Learning). Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang. Kelas ini ditumpukan kepada pelajar sekolah rendah dalam memperkasakan pengetahuan mereka dalam Bahasa Inggeris.

Untuk kelas kali ini pelajar ditayangkan satu video berbahasa Inggeris. Pelajar diberi arahan untuk mencari sekurang-kurangnya 10 perkataan yang tidak difahami. Seterusnya kelas diteruskan dengan mencari maksud perkataan-perkataan yang tidak difahami serta penggunaanya dalam konteks ayat. Kelas ditamatkan sekitar jam 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali