Kelas Multimedia – Penghasilan Poster

11 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2018, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah membantu seorang penduduk setempat untuk menghasilkan sebuah poster. Saudara Firdaus menjadi jawatankuasa penggerak untuk satu acara sukan di tempat beliau. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan sebuah poster berkenaan sukan tersebut.

Justeru saudara Firdaus telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas untuk menggunakan kemudahan serta khidmat nasihat dalam menghasilkan poster tersebut. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 3 petang hingga jam 6 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali