Agihan Bubur Lambuk

11 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2018, PI Kg. Paya Jakas telah mengadakan program agihan bubur lambuk. Program ini dijalankan bersempena dengan bulan Ramadan 1439 Hijrah. PI Kg. Paya Jakas mensasarkan penduduk Kampung Paya Jakas serta penduduk sekitar Jementah. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.

Bubur lambuk diedarkan bermula daripada jam 3 petang sehingga jam 5 petang. Dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara PI Kg. Paya Jakas dengan penduduk setempat, disamping mempromosikan lagi PI Kg. Paya Jakas kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali